Want your
own Fotopage?
























 
Deq Nur's FotoPage

By: Deq Nur Acrylic Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Oct-2009 01:51 Email | Share | | Bookmark
Syawal Masih Berbaki Hari.....

Masih belum terlambat untuk Deq Nur menghulurkan Selamat Aidil Fitri buat peminat-peminat fp ini.. walaupun syawal hanya meniti hari-hari terakhir sebelum melangkah Zulkaedah...Namun tulus dari hati ingin ku pohon keampunan dan kemaafan buat semua.... Semoga salam ini disambut dengan penuh keikhlasan hati...

Sepanjang minggu ini dan mgg lepas agak berat untuk deq nur hadapi kehidupan ini.. namun kecekalan dan kekuatan hati sahaja yang mampu membuatkan deq nur meneruskan hidup... melewati hari semalam dan menyelusuri hari ini membuatkan hati deq nur tertanya-tanya lagi.. apakah yang bakal terjadi hari ini... ???? kekadang masih mencari-cari diri sendiri yang hilang dibawa kejadian-kejadian ajaib sebuah kehidupan.

Orang-orang sekeliling yg berdiri disisikulah membuatkan aku yakin kan diri untuk terus hidup... aku masih mendambakan hidupku kepada suamiku yang masih menerimaku seadanya... terima kasih kepada semua yang kuat disisiku untuk redha dengan jalanan yang telah diazalikan buatku.... Semoga dengan apa yang berlaku ini menjadikan martabatku sebagai umat Nabi Muhammad yang tinggi imannya... amin. Seberat ini dugaan yang aku lalui ... semoga ALLAH bersihkan dosa-dosa sepanjang aku hidup ini...


Aku kian hilang memori dari hari ke sehari.... hilang apa yang aku pernah letakkan dalam kotak fikiranku .... punah apa yang aku sematkan didalam hatiku.. kekadang aku hampa dengan apa yang berlaku.. namun itu adalah aku hari ini yang aku sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku lagi selepas ini.... Kesakitan yang aku alami kian memakan masa hadapanku.... namun aku perlu redha... besar benar erti sebuah perkataan REDHA dalam diri... mendambakan ketulusan penerimaan jiwa terhadap ketentuan ALLAH Rabbul Izzati.


Deq Nur,
mohon maaf kepada pelanggan yang berjanji untuk bertemu deq nur sepanjang minggu lepas dan minggu ini.... segala gangguan "halusinasi" membuatkan deq nur mengalami lupa terhadap temujanji kita... Deq nur berharap saudari-saudari tidak keberatan untuk menyambut salam kemaafan ini...

Deq nur percaya rezeki kita... sekalipun kita siapa sekalipun dibumi pinjaman ini.. namun deq nur yakin ALLAH ada sediakan rezeki-Nya buat deq nur... Biarpun kita terus dizalimi.. namun rezeki kita akan timbul dari mana-mana sudut yang belum tentu kita terfikir...


SALAM AIDILFITRI.... SEMOGA TIAP LANGKAH YG DIATUR... KITA SENTIASA MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH

amin.... doamu penguat semangatku.. terima kasih kak nora Fri 16-Oct-2009 01:42
Posted by:deq nur  - [Link]
Akum sy rina dr pj nak tumpang iklan sikit.. rina de amik upah jahit baju kurung kekek, bj kurung kurung pesak gantung, bj kurung phg, bj kurung tindih kasih…. Janji kurung lah rina leh buat….. sekiranya de yg berminat blhlh bwk bj cth….. kol @ sms rina 0123754814. rina buka pen k cari duit poket nak Bantu suami……

Mon 2-Nov-2009 06:10
Posted by:norhazrina binti hj hairuddin
Nice..i Like
good job

For photography please call us or email us at :
email - onetwojuiceonline@gmail.com
Phone - 0122718847 afifi

tq... http://onetwojuiceonline.blogspot.com
Sun 15-Nov-2009 19:21
Posted by:Otj photo onetwojuiceonline@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 5-Oct-2009 14:43 Email | Share | | Bookmark
Menerima Tempahan Baju Merisik / Bertunang / Nikah / Sanding

Anda selalu menghadapi masalah mencari “tailor” untuk menjahit baju merisik/bertunang/nikah anda???
Setelah anda mencari dan membeli dengan bersusah payah mengikut material fabrik pilihan hati … tetapi tempahan jahitan agak MAHAL..... Anda di dalam keadaan sedih dan tercari-cari jalan penyelesaiannya?????

Kini kami memberi jalan keluar kepada masalah tersebut….
KAMI MENAWARKAN HARGA PALING RENDAH…
MATERIAL ANDA DARI FABRIK LACE & SATIN = FASYEN KEBAYA MODEN / KURUNG MODEN = SERENDAH RM190.
Lokasi kami : Taman Gombak Permai (Selepas Pinggiran Batu Caves)






Care to comment?


Wednesday, 22-Jul-2009 23:55 Email | Share | | Bookmark
Manik Pengantin

Maaf.. kerana agak lama deq nur meninggalkan ruang kegemaran ini...
Disebabkan kekangan kesihatan.. dan pemulihan semula keyakinan diri.. jadi agak lama, baru berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu utk peminat fp ini...

Sempena hari raya.... masih dibuka untuk sebarang tempahan..
sila hubungi dan email kepada teja710@gmail.com ok

Berikut adalah koleksi sepanjang deq nur berdiam diri...
sebahagiannya kita sambung page lain lak k...









Care to comment?


Tuesday, 7-Apr-2009 03:22 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Pembukaan D' Ratu Bridal


just share with all of u



http://d-ratu-bridal.fotopages.com

salam....utk deq nur, salam perkenalan lieyzaa ucpkn. kalu ada mase, singgah2 lah kt fp lieyzaa plak yerk. Tue 23-Jun-2009 12:59
Posted by:lieyzaa lieyzaa@yahoo.com  - [Link]
promo! utk wedding atau event fotografi bole layari blog kami di

http://onetwojuiceoneline.blogspot.com

Fri 28-Aug-2009 10:24
Posted by:afifi onetwojuiceonline@gmail.com  - [Link]
Salam,
tumpang iklan yer tuan umah,
Kpd sesiapa yg perlukan khidmat katering utk majlis perkahwinan or utk lain2 majlis keramaian,
Sila layari http://syedina.fotopages.com
Tue 8-Sep-2009 09:57
Posted by:Zety syedina.catering@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 25-Mar-2009 00:51 Email | Share | | Bookmark
Deq Nur's Collection

Just share with u

Lace Dubai dengan Chiffon + Songket



(Cream + Glod)=France Lace dengan Chiffon + Songket



HOME BASED BUSINESS REVOLUTION!
No selling, Earn USD Weekly
Suitable for Full time/part time
Free online coaching
Click link!
Wed 12-Aug-2009 04:49
Posted by:unnamed  - [Link]
HOME BASED BUSINESS REVOLUTION!
No selling, Earn USD Weekly
Suitable for Full time/part time
Free online coaching
Click link!
Wed 12-Aug-2009 04:49
Posted by:unnamed  - [Link]
HOME BASED BUSINESS REVOLUTION!
No selling, Earn USD Weekly
Suitable for Full time/part time
Free online coaching
Click link!
Wed 12-Aug-2009 04:49
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 13-Mar-2009 07:42 Email | Share | | Bookmark
Busana Manik Ratu Sehari

Membuka tirai bulan Mac... setelah lama rasanya tidak update perkembangan busana bersama gemerlapan manik-manik...

Sekadar pemberitahuan kepada penggemar manik..
Tempahan hari raya telah deq nur buka untuk diterima bermula bulan april ini.
Walaubagaimanapun kepada pelanggan deq nur yang dikasihi.. yang mana telah menghantar tempahan awal untuk musih ramadhan dan syawal tahun ini... telah deq nur masukkan dalam list.
Dan kepada pelanggan yang dihormati yang mana telah membuat booking awal untuk tempahan hari raya.. bolehlah mula menghantar fabrik saudari mulai april ini.


Busana Bertunang/ Nikah/ Pengantin ( Busana Perkahwinan):
Diharap hasil jahitan manik tersebut memuaskan hati saudari dan kepada bakal pasangan saudari.

Gambar nie deq nur kongsikan bersama pengemar manik dan fp...
Baju Kuning : Jubah Sanding (songket dan lace)
Baju Putih : Kebaya Labuh (Songket dan lace)


Tempahan Bulan Mei untuk Busana Perkahwinan telah ditutup.... Deq nur takut tak menang tangan.
Kalau dah siap awal.. deq nur akan buka semula .. ok....







cantiknyer...

msti teliti kn keje nyer... kain nyer dh la mahal
Fri 20-Mar-2009 01:56
Posted by:dana tulip_putihdana@yahoo.com  - [Link]
cantiknye...erk..klu sy nk buat manik mcm tue..kain ape yg sesuai..plan utk wat utk nikah. Mon 12-Oct-2009 04:09
Posted by:janah janna3108@yahoo.co.uk
Add comment


Thursday, 5-Feb-2009 05:56 Email | Share | | Bookmark
Pink .....Cetusanku Untukmu

Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung-pengunjung "senyap" ke fp Deq Nur..
semoga kehadiran anda setiap hari membuatkan Deq Nur sentiasa teruja untuk update selalu fp ini.
Kadang-kadang Deq Nur agak terkejut juga melihat statistik harian.. semakin hari semakin tinggi
malah Deq Nur sendiri tak mampu dan tak berkesempatan untuk membukanya setiap hari.
Malah jarang sekali menghebahkan kepada kawan-kawan sepejabat.. takut dikatakan berniaga diwaktu pejabat... hehehe
Salah tu di sisi undang-undang... kih kih kih

Nantikan koleksi-koleksi perkahwinan 2009 yang bakal di sajikan untuk tatapan umum..
Semoga koleksi itu nanti akan menjadi tumpuan "mata-mata" pengunjung fp Deq Nur. Dan Deq Nur begitu mengalu-alukan kehadiran anda semua ke fp ini...
walaupun sesekali dan selalu membosankan menghadap fp Deq Nur... tapi Deq Nur harap ia boleh membantu pengunjung2 fp Deq Nur untuk mencari idea.. berkongsi cerita di email.. malah tak kurang juga menempah pakaian.

Sorilah koleksi baju hari in tak siap lagi dgn manik + labuci... tapi masa tu ambil gambar untuk tunjuk kat customer tu nak decide letak manik kat ner.... tangan + leher + bawah baju + kain....


Baju Siap :
Kain bertingkat dengan lace (kalau kat gambar cuma 2 tingkat lace tapi sebenarnya 5 tingkat lace)
Manik medium range (tak heavy sangat) di tangan + bawah baju + kain.........
Sori.. gambar dah siap takder..





nak tau la harga upah jahit manik utk bj pengantin, dari berapa rm hingga berapa rm ye... akak dah x larat lg nak jahit manik, ada cadangan nak antar upah org je Sun 8-Mar-2009 18:29
Posted by:SewCut azmirapandi@hotmail.com  - [Link]
cantikler collection kat sini
affordable wedding package dgn konsep moden english..jemput singgah http://weddings-galore.fotopages.com
Tue 10-Mar-2009 23:52
Posted by:julie nor_liez84@yahoo.com  - [Link]
Tumpang iklan..
Layari http://www.sehatisejiwa.com.my.
segala persiapan perkahwinan anda hanya di hujung jari…
Fri 13-Mar-2009 03:07
Posted by:sehatisejiwa pertanyaan@sehatisejiwa.com.my  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 3-Feb-2009 09:37 Email | Share | | Bookmark
Baju Pernikahan -With Rainbow France Lace


Pilihan fesyen kurung moden menjadi antara pilihan utama kepada para bakal isteri... berkolar cekak musang dan bermanik meleret hingga hampir mencecah paras pinggang. Pilihan fesyen ini digayakan bagi menampakkan gabungan potongan tradisional dan modern. Malah mendapat pilihan dihati para pelanggan Deq Nur.

Beberapa pelanggan Deq Nur memilih membuat potongan tangan ala-ala Ekin.. berbutang di tangan malah ada sesekali permintaan butang dari pergelangan tangan hingga hampir ke siku... kadang2 pemilihan fesyen agak pelik.... tetapi Ia nampak klasik dan anggun...

Gabungan fesyen M'sia dan Indonesia ini merupakan rekaan agak baru di M'sia. Tetapi di Indonesia ia telah lama bertapak. Jika dilihat fesyen itu telah lama mencari pasaran di M'sia tetapi tidak mendapat perhatian dan permintaan ramai. Majlis-majlis perkahwinan artis lah yang banyak membawa perubahan kepada permintaan para bakal pengantin.. dengan alasan fesyen terkini. Tak salah pun meniru gaya kini... untuk menjadikan diri tidak terlalu kebelakang...

Bagi fabrik ini, Deq Nur agak jenuh mencari kombinasi yang sesuai... kerana ingin menonjolkan warna pink yang lebih berbanding warna2 yang lain.... Jom kita kongsi bersama



iye ar deq nur...terkebil2 mata ija tau...hehe apa2 mmg lawooo... Fri 20-Feb-2009 06:34
Posted by:ija shariza  - [Link]
hye deq nur. nak tanya ler. kalau jahit manik bunga lapis-lapis camnih dkt kain baju pengantin, berapa u charge eh? Mon 2-Mar-2009 19:03
Posted by:hana nut1311@yahoo.com  - [Link]
askum..welcome to the fp...gambar tak clear deq nur....

jom singah fp saya.

http://lyana77.fotopages.com/
masuk ya....0133783828, sedia terim atempahan pakaian wanita dan gown kanak-kanak....
Wed 22-Apr-2009 00:37
Posted by:lyana tailor ampang lyanamarch@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Friday, 2-Jan-2009 03:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Tahun Baru 2009

Walaupun terlalu banyak cuti berselang hari kerja...
Apa kata kita semangat gak bekerja...
kan kaki kita dah melangkah ke 2009... jom bekerja keras untuk tahun ini.
Ada sesiapa masih mengekalkan azam 2008 utk dibawa ke 2009????
No hal... bawak jer.. apa salahnya..
yang penting kejar dan usaha ke arahnya... mencapai sesuatu yang diidamkan...

Kalau nak bawak niat jahat/tak berapa baik dari 2008 ke 2009...
Dinasihatkan... udah-udahlah.. tok sah lah buat cam gitu.
Semoga Allah membantu kita membersihkan hati dan niat kita...ke arah yang lebih baik


Koleksi baju nikah :





cantik Mon 19-Jan-2009 09:32
Posted by:irabakery irabakery@yahoo.com  - [Link]
deq nur, akak da reply email aritu. bz eh?

jom kita ke dinner FTiMdc tu....
Thu 22-Jan-2009 01:03
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Nice Gift....

Dapatkan doorgift Muffin/Cupcake untuk apa jua majlis keraian
HARGA PROMOSI 2009 SERENDAH RM0.70!!!!

Kunjungi http://gebu08.fotopages.com
Wed 28-Jan-2009 18:39
Posted by:gebu08 gebu08@yahoo.com.my  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 31-Dec-2008 05:27 Email | Share | | Bookmark
Salam Hijrah Buat Umat Islam



Kepada semua pengunjung fp silalah ke teratak saya....
Anda pasti inginkan rupa yang anggun lagi menawan di hari bahagia anda....
So jenguk2 lah yer...
Kedatangan anda amat dialu2kan....

TQ....
Wed 31-Dec-2008 07:16
Posted by:mass anggun_chanteq@yahoo.com  - [Link]
salam semua,
selamat tahun baru,
to deq nur, terimakasih sudi berkunjung ke rumah saya... rupanye deq nur ni profesional beader nak tanye la, mannequin tu beli kat mana ye? berapa harganye?
nanti senang2, singgah lah lagi.. mungkin ada gambar baru...
Wed 31-Dec-2008 08:29
Posted by:nida bead manik  - [Link]
thanks.... baju aku cantik. Aku puas hati Fri 2-Jan-2009 02:39
Posted by:tikar buruk
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.