|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 03:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sue - Baju Yang Akan Digayakan Dihari Dia Bergelar Isteri..
|
|
Nie last minutes ambil gambar... Masa tu deq nur and husb tgh bersiap-siap nak g akad nikah kawan berdekatan tanah runtuh tueee.......hehe. Kami dijemput sebagai pengiring rombongan pihak lelaki yang akan bertandang ke rumah pihak perempuan di Selayang. Sue pula minta deq nur hantar baju nikah dia malam tu juga... kerana dia akan berada di KL untuk beberapa hari sahaja lagi sebelum pulang ke kampung untuk menguruskan majlisnya.
Kebetulan deq nur balik keja lambat ......... haaaaaaaaaaaaaa nak bersiap lagi... nak iron baju sue lagi.. nak cari sudut nak ambil gambar lagi.... rasa-rasa mcm tak sempat. Pulak tu husb balik lagi lambat dari deq nur.. so lambat lah kami bersiap nak g menjadi rombongan pengantin lelaki. Kih kih kih kira tertinggal ekor keretapi la nie. So we all mintak keluarga pengantin g dulu .. so kami akan menyusul kendian...
Oleh kerana dah terlalu banyak baju deq nur tak sempat ambik gambar.. kali ini deq nur berazam sungguh2 supaya dpt ambik gambar baju nikah Sue nie. Baju nie nampak sweeeeeeeeeettt banget... so dengan kelam kelibut nyer perangai deq nur campur ngan tak cukup masa tu.... so ini lah yang dapat deq nur kongsikan bersama pengunjung fp deq nur.
Yang kurang menariknya kami sesat mencari rumah pihak perempuan.. kih kih.. kih. Sesampai jer kat rumah pihak perempuan majlis akad nikah member tu dah berakhir... So kita org nie kira datang makan jer lah... malu gak .. tapi nak wat camner. Ahli keluarga pihak lelaki nie kira artis lah.. so agak ramai ler juru fotonyer.... kami nie kira menempek muka kat gambo dalam foto pengiring pihak lelaki
Lepas abis mkn .. kami cabut cepat coz takut terlalu lambat di majlis tu.. dah janji ngan sue kat area melati. Yang tak menariknya jugak time kami sampai tu sue + faience tgh makan. kesian depa.. terpaksa berenti... coz nak pick up baju...
Sue Selamat menjadi Isteri kepada Luqman.. semoga berbahagia
Maaf diatas ketidak hadiran kami keatas jemputas di majlis yang bererti bagi anda berdua... (jauh bebeno.. )
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Dec-2008 00:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Baju Nikah
|
|
Assalamualaikum,
Maaflah.. kerana terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengupdate fp nie..
Terima kasih kepada pemanggil-pemanggil telefon dan email yang diberikan kepada Deq Nur. Tak kiralah just nak check harga ker.. nak tempah ker.. nak bercerita manik & fesyen ker.. thanks ok.
Jutaan terima kasih Deq Nur hulurkan juga kepada para pelanggan dan beberapa butik pengantin sekitar lembah kelang kerana kesudian menghantar fabrik mereka kepada Deq Nur.
Diatas kepercayaan itu, Deq Nur sedaya upaya mencurahkan idea yang terbaik untuk fabrik tersebut. Malah sejak akhir-akhir ini rezeki lebih melimpah ruah, sehingga memberi keyakinan sepenuhnya kepada Deq Nur untuk mendesign sendiri mengikut fesyen semasa. Alhamdulillah Deq Nur belajar sesuatu yang dulu agak tipis pengetahuan dalam bidang fesyen perkahwinan.
Namun sesekali terpaksa di tolak dengan baik.. bukan apa Deq Nur bimbang tidak dapat menyiapkannya pada waktu yang diperlukan.Deq Nur terlalu takut jika tidak dapat mengotakan janji, malah bimbang ada "pencemaran nama" terhadap 'brand" ini.
Sekadar ingin berkongsi cerita...
Alhamdulillah Deq Nur telah melangkah setapak lagi kehadapan...
(rasa-rasanya lah daripada penilaian suami tersayang + keluarga + keluarga mertua... perasaan atau perasan??)
Mungkin jika rezeki meyebelahi Deq Nur....
Deq Nur akan menumpukan lebih banyak perhatian kepada bakal-bakal pengantin..
samada ada:
- BAJU BERTUNANG
- BAJU BERINAI
- BAJU BERKHATAM AL-QURAN
- BAJU NIKAH
- BAJU BERTANDANG
- BAJU BERSANDING
Deq Nur cuba ingin mengasah dan memfokuskan kepada sesuatu yang Deq Nur nampak lebih cenderung kini.
TAPI Deq Nur tidak bermaksud kepada peminat-peminat hasil kerja tangan Deq Nur... untuk Deq Nur menolak mentah-mentah permintaan yang selain dari itu.... Jangan salah anggap.
Deq Nur masih lagi menerima tempahan walaupun untuk baju pejabat... baju untuk menghadiri kenduri kendara... baju nak g function...
Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....
Kepada peminat manik ...
Deq Nur mencadangkan bagi mereka yang akan menanam cita-cita / berura-ura / berazam untuk mengadakan majlis MERISIK, BERTUNANG.... bleh terus booking dulu. Walaupun majlis tu akan diadakan pada bulan March 2009 .. atau bulan-bulan berikutnya.Insya-Allah Deq Nur cuba tidak menghampakan anda.. amin
Selagi diberi kesihatan dan kekuatan ... diharap Deq Nur akan sedaya-upaya berikan sesuatu yang memikat hati anda... sehingga anda pasti terpesona.. (hendaknyalah... )
Jom tengok koleksi yang sempat disimpan...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Nov-2008 07:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'Aisyah Nur 'Adni.. hehehe
|
|
Pemilik : 'Aisyah Nur 'Adni
Design Baju : Kurung Moden
Design Manik : Bunga Tindan-Tindan
Tujuan Pakaian : Baju ziarah family selepas majlis kenduri-kendara
Kepada kengkawan dan pelanggan yang dikasihi...
Deq nur minta jasa baik u all untuk mengirim satu ke dua photo manik2 yang mengerlip di baju sedari,
sebab deq nur mmg lupa nak ambik dan nak jadikan koleksi peribadi...
Terutamanya baju-baju pengantin... ke baju nikah ker baju bertunang ke...
Tapi kalau lagi rajin baju-baju biasa manik lip lap lip lap pun deq nur alu-alukan sangat.
Deq nur nak ucapkan selamat pengantin baru buat :
1. Cik Zue dan pasangan
2. Kak Ita dan Abg Khairi
3. Arah dan pasangan
4. Lailee dan pasangan
Dengan doa semoga ikatan murni itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terima kasih juga buat ahli keluarga pasangan pengantin yang sudi memberi kepercayaan kepada deq nur dalam mengilhamkan sentuhan manik terhadap baju-baju tersebut...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 23:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Incas D' Croton
|
|
Deq Nur harap Nazuhah boleh bergaya dan memakainya dengan selesa baju nie yer...
Incas D' Croton nie amat memuaskan kata nazuhah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Nov-2008 23:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Curve D' Amsonia
|
|
Share with all of you
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Nov-2008 23:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Design Majalah
|
|
Oleh kerana design nie permintaan pelanggan yang diilham melalui sebuah majalah bersempena ramadhan.. so deq nur tak der nama yang boleh diletakkan
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Oct-2008 23:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berhari raya sedondon
|
 |
|
azue with afif
|
|
 |
|
tangan
|
|
|
Sepertimana yang dijanjikan.. deq nur akan berkongsi dengan pengunjung fp deq nur
koleksi manik dan baju raya hasil kerja tangan deq nur.
Walaupun lebaran syawal bakal melabuhkan sauhnya esok.... tapi deq nur baru berkesempatan
untuk berkongsi baju-baju raya pelanggan deq nur yang dikasihi..
Maaflah sekiranya tak semua deq nur dapat letakkan di sini.. kerana masa pun agak terhad
dan ada sesetengah baju raya yang deq nur sendiri tak sempat nak ambil gambar
Baju nie milik kawan baik deq nur masa kat Akuantan Negara dulu.. sekarang dia dah jadi cikgu, Azue pemilknya.
Baju ala-ala siffon dan lining tu deq nur jahitkan terjulur keluar.. serta deq nur jahitkan kemasan manik
Baju Melayu si comel tu mula-mula deq nur takut nak ambil tempahan... maklumlah dah lama tak
jahit baju melayu.. tapi dek kerana pujukan sahabat nie...kerana dia kesuntukan masa untuk mencari tailor baju melayu dan memandangkan harga baju kanak-kanak hampir menyamai orang dewasa kata si Azue... terkejut juga bila mendengar keluhan Azue yang dah naik pening kepala mencari tailor baju melayu kanak-kanak dengan harga yang agak berpatutan...
Deq nur ada beri cadangan untuk dia membeli siap.. cari warna ala-ala warna tema family Azue..
tapi si Azue tu pujuk punya pujuk
so deq nur pun tolonglah dia... dengan harga yg agak murah sebab nak tolong kawan punya pasal
Sorilah masa tu seluar baju melayu tu tak terambik gambar la pula...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Oct-2008 00:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pulunnnnnnnnn jahitan manik..
|
|
Keadaan agak kelam kelibut sebelum p Europe, adik beradik pun tak sempat nak bagi tahu. Yang tahu cuma Ma ku seorang sahaja... dgn harapan doa beliau akan kami bawa bagi melindungi kami sepanjang berada diperantauan.
Aper boleh buat sebab dah commit, so mcm mana keadaan sekalipun deq nur mestilah siapkan jahitan baju-baju pelanggan yang dikasihi .... nanti depa raya dlm keadaan sedih kerana baju raya tak siap.. pastu lak deq nur rasa bersalah la kan..
So dua hari sebelum g europe, deq nur dah siap-siap jahitkan baju yang pelanggan .. yang baju kurung lah, yang lining lah, yang kebaya lah, yang kurung moden lah.. potong baju sampai subuh..
Deq nur decide design n color ... siap packing awal dgn harapan tiada sebarang warna yg tertinggal.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Oct-2008 03:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yahhhhhhhhhhhhhhhoooooooooo aku kini di Paris
|
|
Kami masih memikirkan sama ada ingin ke German atau ke France...
Hati kami berat ke Eiffel Tower jadi perjalanan kami dari Luxembourg terus menuju ke Paris.
Bayangkan perjalanan kami dari Luxembourg ke Paris hampir 4 jam dengan keadaan basah kuyup. bak kata orang stokin tu kalau diperah boleh dapat segelas penuh air dia.. hahahaha
Winter cloth kami yang kelenjunan... Dengan cuaca yg agak sejuk ditambah aircond yang tak ingat-ingat. Kami sempat sidai stokin dikws tempat duduk kami sepanjang perjalanan...kihkihkih.. tapi tmpt tersembunyilah.. rasanya orang puteh tak nampak.Antara pengalaman indah dikongsi bersama suami tercinta....
Sesampai di Paris kami mencari pekan kecil bernama Barbara.. pekan islam yang ada satu-satunya masjid dekat ngan stesen kami. Sedang kami mencari-cari jalan sesambil membaca map... cuping kami tertarik ngan jeng... jeng... jeng suara orang yang menyapa kami "Mahu mencari apa?"... hhhhhhhaaaaa gembira tak terhingga ada org yg bleh berbahasa melayu di tengah2 kota Paris nie... rupanya pakcik tu pernah bekerja selam lebih 6 th di Indonesia dan 3 bln di Malaysia... dan dia berasal dr Belanda yg kini
menetap di Paris.
Kami plan sungguh-sungguh sepanjang berada di Paris, kalau bleh kami nak elakkan tersilap planning mcm di Belgium tu.. tekad kami nak pulun sungguh-sungguh semua tempat yg boleh kami tuju dan kunjungi. Seawal pagi kami dah bangun .. orang belum p kerja pun kami dah keluar dari hotel p meronda. syoookk betul lah...
sampai rasa kaki macam tak leh angkat.. kerana kepenatan yang melampau.. tapi kami gagah..
sampailah hari last day kami di Paris .. hubby mengalami masalah angin yg teruk dan mcm ada simptom kepitaman... hahaha.. wahhhh hubby makan mcm tak perasan ada org puasa di sebelahnya.
Rasanya kami sempat singgah dan menikmati lebih 25 attraction place in Paris, antara locations yg sempat kami singgah dan deq nur ingati adalah :
1. Eiffel Tower
2. Louvre Museum
3. Arc de Triomphe
4. Places de Victoires
5. Grands Boulevards
6. Champs-Elysées - Palais de l'Elysée
7. Grand Palais
8. Place de la Concorde
9. Opera House / Opéra National de Paris
10.Notre-Dame
11.Palais de Justice
12. Panthéon
Deq nur memanjat kesyukuran kepada Maha Pencipta, Allah ya Rabbul Izzati kerana dengan rahmat dan rezeki-Nya dapatlah deq nur dan hubby menikmati Ramadhan di bumi perantauan.
Semoga kawan-kawan juga akan ada rezeki menikmati bumi Allah yang maha luas ini..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Oct-2008 03:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menjejaki Bumi Luxembourg
|
|
Serasa mahu pulang ke Negara Netherlands …. Hati meronta-ronta untuk menikmati bandar Amsterdam berbanding di sini...
Kami mengalami masalah komunikasi.. sorang cakap bahasa ayam dan seorang cakap bahasa kambing... hehehe.. sebahagian besar orang luxembourg yang kami temui, mereka tidak boleh dan faham english.... bayangkan kalau kami mencari trem untuk ke lokasi pelancongan mereka.. kami hanya seolah2 berbahasa isyarat.. menunjuk gambar yang ingin dituju.. dan kami sediakan kertas untuk mereka lukis apa sahaja yg dapat membantu kami...
Beruntung sungguhlah kita yang hidup di bumi Malaysia… berbilang kaum walaupun berbeza bahasa namun tetap sehaluan ke arah kemajuan, seaman ini yang kita miliki, seindah ini yang kita nikmati, sesempurna ini yang dianugerahi oleh Dia Maha Pencipta.
“ Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri…” sekalipun hujan emas di Luxembourg .. aku tak nak menetap di sana lagi.. tapi kalau bawak balik emas ke Malaysia aku nak lah.. hehehe
Sepanjang perjalananku ke Negara Luxembourg... pelbagai pemandangan memukau mata dan perasaan. Tak kurang juga melucukan dan menggerunkan. walaupun keretapi kami selaju kapal terbang.. namun mataku masih mampu menangkap beberapa scene... cuma cameraku tidak mampu untuk merakamkannya... Maklumlah camera kami bukan photographer nyer.. camera kami cenoit jer...
Pelacuran di sini adalah sesuatu yang sah, pelacur juga perlu membayar tax bagi setiap perkhidmatan yang diberikan... pelacuran mereka ini jauh berbeza di Malaysia. Pelacur2 diletakkan dikotak kaca yang boleh dilihat secara terang2an dari luar.... so sepanjang u berjalan di kaki lima..
boleh menjamu mata.. cuma pandang sekali jer tau.. puasa nie..
boleh agak apakah pakaian mereka????? jom teka
Pelacur ini hanya menutup lokasi tertentu sahaja... hahahaha
Fuuuuuuuuuhhhhhhhhh deq nur yang perempuan nie pun tergoda dgn body dan wajah mereka.. apalagilah hati lelaki....
Sepanjang deq nur berada di Luxembourge deq nur tidak menemui wajah2 islam disana. Mula2 deq nur ada beranggapan beberapa orang berwajahkan arab adalah islam.. namun mereka mengaku israel tatkala kami mencari masjid di sini. Ketakutan ada dalam diri... di bumi asing ini, dikelilingi orang yang kita sendiri belum faham senarionya, disekitar panahan mata orang tempatan terhadap kami .. terutama deq nur yang memakai selendang. Namun hati ini ditetapkan untuk tidak menghiraukan perkara2 itu...
Yang paling penting .... aku bisa berpuasa di bumi Allah dan semoga perjalanan kami ini adalah sebuah ibadah.Amin
|
|
|
|