Want your
own Fotopage?
























 
Deq Nur's FotoPage

By: Deq Nur Acrylic Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Oct-2008 17:14 Email | Share | | Bookmark
Menikmati Ramadhan di Brussels – Belgium


Jom sambung perjalanan deq nur di bumi eropah…
Maaflah masa yg sedia ada ini terlalu terhad.. sehinggakan byk baju customer yg deq nur nak kongsikan bersama pengunjung fp terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. sabar ok..
Kita ikut urutan cerita…

Seringkas-ringkasnya dikongsi bersama pengunjung fp deq nur

Pabila kaki mencecah bumi Brussels keadaan di sini agak sejuk.. dengan hujan yang agak lebat ku kira… sesekali bermain-main dengan situasi kepul-kepul asap keluar dari mulut… hehehe.. walaupun deq nur tak dapat menikmati winter season .. dapat menikmati asap berkepul-kepul dari mulut pun dah cukup baik….



Kami sempat menikmati bumi Brussels walaupun keadaan tidak berapa mengizinkan… deq nur dapati bumi eropah … penuh dengan tugu-tugu sejarah… binaan-binaan dahulu kala… arca-arca antik. Penjagaan mereka kepada peradaban masa silam seolah peradaban itu baru berberapa tahun lalu.... bayangkan penjagaan yang rapi dan penitikberatan terhadap sejarah... walaupun kisah sejarah itu telah memakan ratusan tahun yang lalu...

Sesekali rasa pelik itu menjalar ke naluri.... walaupun sekadar arca "kanak-kanak kencng berdiri"..
ia menjadikan satu tumpuan pelancong... isyk.. isyk... isyk

bak kata pelancong daripada UK...
"I hadn’t realised that the Manneken Pis is very often dressed. He has a wardrobe of more than 600 costumes, which are all preserved in the King's House, or City Museum at the Grand-Place. I’d have liked to see him in one of these, but he was naked when we visited."

deq nur bertuah.. kerana masa deq nur sampai sana... Manneken Pis berpakaian sopan



Belgium antara negara yang mencabar salam suasana Ramadhan ini..
wah.. wah... manusia sekeliling sedang enak makan sambil berjalan.. makan sambil bergambar...
dengan WAAAAAAAAFFFFFFFEELLLLLLL yg enak banget.

Kami meneruskan langkah kaki... mencari masjid terdekat..
Sepengetahuan kami berdua.. melalui intenet.. ada masjid di sekitar MIDI BRUSSELS nie
tapi dalam peta masih belum kami temui.. di manakah lokasinya..

Mata kami terbeliak besar bila nampak ada satu iklan yang tergantung di sebuah kedai..
"LA TENTE RAMADHAN " .... wahhhh mungkin restaurant muslim ...
kami tangguhkan ke restaurant tu.... kalau ada rezeki selepas kami jumpa masjid ... kami bercadang akan ke restaurant tu....

Oleh kerana terlalu penat mencari masjid, kami bercadang utk menukar haluan... mencari hotel dengan stesen keretapi... kerana keesokan harinya perjalanan kami Insya-Allah kan diteruskan di bumi LUXEMBOURG....

bayangkan hotel yang kami mampu menginap malam ini sekitar RM500... dengan kemudahan bilik air + tandas diluar bilik... hehehee Nak buat macam mana... kami terpaksa mencari yang paling murah... bimbang kewangan kurang mengzinkan bila keperluan mendesak.


Tuah ayam nampak dikaki... tuah kami.. dapat makan percuma sewaktu berbuka puasa..
Kami mencari kedai makan HALAL terdekat dgn hotel.... Moroco Restaurant.
Rupanya kedai tu memberi makanan percuma kepada muslim disekitar kawasan tersebut..
Enak sungguh resepi mereka... deq nur tak pernah bayangkan seenak ini dikala hidangan didepan mata...
Tulah org kata ... "don't judge book by it's cover.." hahahaha

Ramai gak org kulit hitam .. datang dan berbuka puasa di kedai tu... ermmm elok jer depa duduk.. pekerja kedai tu terus hidangkan makanan berbuka puasa..

Agak malang sedikit nasib kami.. keputusan untuk menginap di hotel yg terdekat dgn stesen keretapi tu adalah "BLACK AREA"... pekedai2 tu menyarankan kami supaya tidak keluar selepas jam 9mlm... kerana hampir semua pelancong yg bersendirian atau dalam kumpulan kecil akan disamun .aduhai... nasihat mereka tu ada benarnya..kerana ada kes yg berlaku pd malam tu ... seorang wanita arab yg membawa 60,000 dinar dan 7,000 euro cash, telah disamun habis-habisan.... dan pd malam sebelum tu.. di kaunter check-in hotel kami... pun berlaku perkara yg sama... penyamun-penyamun tarbus u memang tak takut org sekeliling...




oooooooooo kau kasi aku gift dari paris jer.... negara lain mana...
aper pun thanks coz ingat aku
Tue 14-Oct-2008 10:01
Posted by:mimi
Add comment


Saturday, 11-Oct-2008 16:31 Email | Share | | Bookmark
Salam Lebaran di Syawal ini

Salam lebaran ini kulayangkan kepada semua peminat manik dan pengunjung fp deq nur.
Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan dan sambutan kawan-kawan semua.

Rasanya kehangatan syawal ini masih menjalar di jiwa umat islam di Malaysia ini..
dan masih belum terlambat deq nur ingin menghulurkan jutaan keampuanan kepada sesiapa
yang deq nur kenali dari segala bentuk kesalahan dan kesilapan yang deq nur telah lakukan...
Maaf zahir batin


Care to comment?


Friday, 19-Sep-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Menjalani Ramadhan di Eropah

Selalunya sebarang percutian deq nur mmg tidak disebarkan malah jarang sekali dikongsi bersama rakan2..
Berat mulut ... hahaha
bukan apa kadang-kadang bimbang org beranggapan yg kurang enak lak..
kerana biasanya kami akan bercuti paling kurang 4 kali setahun... hehehe
tapi kali ini deq nur nak berkongsi bersama peminat deq-nur.fotopages bagaimana
menjalani ibadah ramadhan di negara-nergara eropah.

6.35 ptg (Rabu,3 September 2008)
-kami (suami isteri) berbincang ditelefon utk bercadang bercuti dibulan Disember nnt. memandangkan Matta Fair bermula jumaat ini dan pada kebiasaannya suami tersayang mendapat habuan lebih pada hujung tahun dan pertengahan tahun.
Jadi kami sekadar bercadang untuk ke negara-negara jiran untuk merehatkan fikiran.. lokasi sebenar percutian masih belum jelas kemana arahnya.

3.00 pagi (Khamis,4 September 2008)
- My lovely honey balik kerja... dan bagi tahu deq nur untuk memohon cuti pada 9hb hingga 18hb. Deq nur cuma sekadar menjawab ok sahaja.. kerana kepenatan utk memikirkan diwaktu2 pagi begini.Tetapi terdetik dihati deq nur, mengapa 9hb bukankan 8hb Dec nnt kita akan menyambut Raya Qurban... isykkkk pelik dan deq nur pun dengan mata terpejam masih boleh lagi berbicara.. bertanyakan apakah benar tarikh yg Honey pilih...
Deq nur : "Biar betul 9hb... 8hb raya pastu nak terus bercuti-cuti Malaysia ke?"
Honey : "9hb September till 18 September"

Ringkas dan padat..... deq nur pun cuba lelapkan mata.. tapi otak dok running laju nie... kenapa 9hb September...
dan bulan nie kan bulan September? Deq nur terus terduduk dan bertanyakan suami tersayang...
kih ...kih..kih... my honey will bring me to Amsterdam next week..

rasa cam tak leh nak tido... berbaur segala makla dalam hati + perasaan + fikiran...
duit..
baju tempahan pelanggan..
puasa...
persiapan brg2 nak ke sana...
winter cloth deq nur kat kg halaman lak.. ari tu akak ipar pinjam tinggalkan kat kg... alahai
Sedetik itu jugalah deq nur memikirkan cuti yg bakal dipohon esok .. adakah lulus atau sebaliknya

8.00pg (Khamis, 4 September)
-Pepagi buta deq nur dah isi borang cuti.. mencari kengkawan yg boleh menggantikan tempat deq nur sepanjang ketiadaan deq nur di pejabat...
Mencari Senior System Analyst yg mmg selalu lambat masuk opis... utk dptkan signature..
Deq nur nak cepat coz nak booking tiket pagi nie... so deq nur langkau jer Senior System Analyst terus jumpa Manager..
hahaha.. bijak..bijak..selamat..
Manager deq nur beri cadangan utk deq nur terus jumpa Director dan mention dgn dia deq nur dah beli tiket..
So cuti deq nur LULUS within 3 hours...
by default annual leave release within 3 working days..hahahaaaa....

- Sepanjang petang meeting benda-benda yang tiada kena mengena dengan tugas harian pejabat.. dahlah meeting larut ke waktu berbuka.. aduhai..
bergegas balik.. walaupun tiada apa yg nak disiapkan utk juadah berbuka...
dan tiada siapa yang nak di layan sewaktu berbuka..
tetapi hati tetap ingin di rumah walaupun berbuka puasa seorang diri... sedih jer bunyi

8.00pg (Jumaat, 5 September)
-Sejak punggung melabuhkan ke kerusi empuk tu... dah tak bangun. Maklumlah kena siapkan kerja2 yg bakal ditinggalkan. Bertungkus-lumus menyiapkan mana-mana report yg tak manarik dan kerja-kerja yg mmg tak menarik utk dilaksanakan.
Sebelum deq nur datang ke sini.. org kata kerja deq nur bermain dgn sampah...
memang agak kasar bunyi dia.. tapi apabila deq nur yg melaluinya... memang benar.. bermain dgn "SAMPAH DATA"
PA department bagi tahu deq nur kena mohon kelulusan dari top management..
kalau Dato tak agree.. so tak leh g...alamak... alahaiiiiiiiiiii naper lak leh jadi gini.

- P bekejar ke HRD ... Senior Manager HRD bg tahu... kalau tak lulus tak semestinya tak boleh pergi..
lagipun kalau kita dah beli tiket... pergi jerlah.
cuma nasihat dia untuk deq nur memohon insuran atas nama opis deq nur berkerja.. kerana dalam tempoh 2 tahun, kakitangan pejabat deq nur boleh dapat free insurans sepanjang diluar negara yg dibayar oleh pihak opis....dan proses tu memakan masa paling awal 3 hari bekerja... argghhh tak kisah ada insurans ker tak der... tak kisah.. hahaha

Kami suami isteri tidak dapat menaiki kapal terbang sama.... sayu gak rasa... maklumlah 12 jam dalam kapal terbang dok sorang2.. takder geng
deq nur terpaksa menaiki KLM kerana tambang agak murah sket.. hahaha
tambang MAS.. beza RM1,100 bdg KLM
MAS RM5,800 manakala KLM RM4,700.. so kami berdua decide akan bertemu di amsterdam..
waktu penerbangan KLM dan MAS adalah sama dari M'sia

Rezeki manusia siapa tahu..
rupanya kami diletakkan dalam satu penerbangan yg sama..MAS
beli tiket under KLM tapi operated by MAS..
cuma tempat duduk kami berbeza.. mana-mana yg beli tiket under KLM.. dok belakang
manakala yang beli under MAS dpt dok kat dpn...
so suami tersayang meminta kami ditempatkan berdua
Alhamdulillah... syukur pada Allah rabbul izzati..

Terbang ke Amsterdam kul 12.00mlm..... waktu malaysia
dan sampai di amsterdam kul 6.00 pg waktu amsterdam..(12 tghari waktu m'sia)
kami request utk bersahur... dan bersahur kul 8.30pagi waktu malaysia.. hahaha
waktu tu kul berapa kat garisan latitud tu pun deq nur tak pasti.. yg penting kami tgk kat luar gelap gelita lagi..

Jom tgk percutian deq nur kali ini





From Uz : Ayenz Love Apiz..hehe Thu 25-Sep-2008 00:58
Posted by:ayenzzzz norazreen.jamil@gmail.com
From Uz : Ayenz Love Apiz..hehe Thu 25-Sep-2008 00:59
Posted by:ayenzzzz norazreen.jamil@gmail.com
Istimewa buat deqnur nama diberi
Kad dikirim pengganti diri
http://beautynthebeads.fotopages.com/?entry=1687620

Semoga bergembira diAidilfitri
Salah dan silap harap dimaafi
Moga ukhuwwah kekal abadi
Fri 26-Sep-2008 00:17
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 18-Aug-2008 05:23 Email | Share | | Bookmark
Design with No Name....

firstly credit to kak arry.. coz bagi kebenaran utk deq nur buat design nie.

Alkisah..
Customer deq nur mintak sangat deq nur buat design 11 sept di fp Kak Arry..
masa tu deq nur belum dpt persetujuan dari empunya design tu...
Agak lama gak email deq nur baru dibalas... rupa-rupanya pc dia rosak.. hehehe
So lepas mendapat kebenaran drp pemilik design asal... deq nur pun memulakan langkah..
dengan pantas....

Deq nur ubah sikeet2 jer.. coz takut customer nak betul2 mcm design Kak Arry






yang paling tak menariknya.. camera gambar blurrrrrrrrrrrrrr sokmo... pening betul la..
lagi2 kalau bawah lampu....

Thanks kak arry

stokin wudhu..mudah dan senang.sesuai utk perjalanan jauh,umrah dan haji. http://mycadar.blogspot.com Sun 31-Aug-2008 09:10
Posted by:nani  - [Link]
akhirnya siap gak ek? good job!

kalau duk bwh lampu, rasanya kena guna teknik "flash off" kot... cuba try test...
Thu 11-Sep-2008 06:53
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Giler rajin!!! Saye blom bole capai tahap kerajinan macm nih hehehehe..Anyway, good job sis, lain dari yang lain..I like! Mon 15-Sep-2008 15:45
Posted by:Nanako  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 14-Aug-2008 02:10 Email | Share | | Bookmark
Menjelang Nisfu Syaaban...

Kawan-kawan mesti ada yang tahu malam nisfu syaaban kali ini adalah malam nisfu syaaban yang mungkin tidak akan sama dengan malam nisfu syaaban di tahun-tahun akan datang..
Kerana malam nisfu syaaban kali ini berlaku serentak dengan gerhana bulan...
gerhana bulan tu dijangka oleh pakar kajibumi akan berlaku pada sekitar jam 3pagi...
subhanallah...
cuba kawan-kawan bayangkan... masa yg mustajab kita memohon keampunan masa tu juga berlakunya bulan menangis...dan bumi bersedih

Semalam deq nur mengadiri ceramah agama pasal cara mengusir dan menangani makhluk halus...
ustaz yg glamer kat tv tu dtg kat opis deq nur utk mengusir makhluk halus yg mengganggu warga pejabat nie, so lepas abis sessi tu dia bagi ceramah sket....antara isi kandungan yg dpt deq nur kongsikan deq nur nyatakan kat sini... yg mana tercicir.. maaflah,
ustaz tu kata
kot2 kalau dalam diri kita ada saka dari keturunan kita (yg kita sendiri tak perasan kehadirannya)
kot2 kalau dalam rumah kita ada jin yg tumpang sekaki dalam keluarga kita
kot2 kalau kita terkena sebarang gangguan makhluk halus... dan seumpamanya..

malam sabtu nie lah.. malam nisfu syaaban yg baik utk mengusir mereka dalam hidup kita.
Cara usiran itu adalah dengan memberi tekanan psikologi kepada makluk halus tersebut diwaktu gerhana bulan berlaku. (kerana mereka juga ada perasaan, so berbicaralah dengan baik kepada mereka)
kerana ketika bulan menangis.. dan ketika itu kita bercakap dengan makhluk halus itu utk
turut bersedih dan mendegar kata kita..
so kalau kita kuat semangat.. kita minta makhluk itu keluar dari diri kita dan persekitaran kita
dan pergi jauh dari menggangu org lain.

ustaz tu mention kalau2 ada 'jin' yg mengikuti diri kita.. kita bolah mintak 'dia' solat bersama setiap kali kita solat, setiap kali kita melakukan ibadah... kerana makhluk halus ini juga dikategorikan sebagai makhluk Allah yang wajib menyembah Allah..
malah meraka juga wajib melakukan ibadah puasa dan haji..... (wahhh sesuatu yg deq nur baru tahu)
kalau nak berkawan dengan jin tiada salahnya.. tetapi jgn jadikan jin sebagai pencuri duit org ker, kacau org ker.. buat kerja2 jahat la maknanya.

bak kata ustaz tu
"Wahai jin dan syaitan keluarlah kau dari dalam diri ku. Bebaskan aku dibelenggu jin dan syaitan. Kau lihatlah gerhana yang telah jua menyebabkan alam turut bersedih.. "

Dan disepanjang malam nisfu syaaban ustaz menasihatkan kita untuk melakukan mandi istiadat dan beribadah,
mandi istiadat/taubat adalah (dicadangkan dilakukan ditengah mlm.. sewaktu buku kita akn ditutup):
- mandi yang disertakan dengan niat semoga air yg jatuh dari tubuh kita adalah seumpama gugurnya
dosa-dosa silam yang turun bersama air
- niat juga semoga saka-baka yg singgah ditubuh kita berlalu pergi dgn air yang mengalir
- niat juga semoga segala penyakit yg dalam tubuh kita turut mengalir bersama air yang menitis

pastu baru lah buat solat tahajud..
then buat solat taubat....
semoga amalan baik kita dapat dibawa ke buku baru
dan semoga kejahatan kita mendapat pengampuanan dari Zat Yang Maha Agung...amin ya robbal 'alamin

Jomlah kita berusaha untuk laksanakan bersama malam minggu nie...
kalaupun kita rasa rumit... kita tanamkanlah niat nak laksanakannya..
semoga Allah mempermudahkan urusan baik kita...

-----------------------------------------
citer manik lak...
Tempahan Raya Telah Ditutup sejak akhir bulan July lagi...
cuma deq nur boleh pertimbangkan kalau kwn2 yg mcm dah terdesak2 sgt...(tak sampai hati rasanya)
Byk baju tak sempat nak ambil gambar...
nie ada gambar in progress.. time before deliver to customer
lepas siap lupa nak ambik gambar..

bunga nie ada lagi layer2 dia... then berlingkar dengan bunga2 yg sama disepanjang dada ke bwh baju
gambar nie baru stage pertama


baru nak stat .. masa tu tgh sibuk cari fabric pen ... jenuh mencari hehe
fabric pen yang sedia ada dah abis dakwat la pulak.. so kena cari kat kedai2 yang berkenaan
so kena carilah kengkawan seangkatan.. kak beautyntehbeads memberi khidmat nasihat
nak dapatkan dimana... thanks akak



nur, tima acih tulis pasal malam nisfu syaaban...semoga kite sama2 dpt manfaat..
yg tentang jin tu memang kehidupan mereka sama je seperti manusia ....(Firman Allah "Tidakku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpd ku")

citer tentang manik..mesti dpt byk tempahan kan...semoga dpt siapkan tempahan dgn hati yg tenang dan gembira..sambil tu jgn lupa utk baju raya sendiri...dan baju cik abang..
Fri 15-Aug-2008 03:21
Posted by:stroller_biru rahayushahbudin@gmail.com  - [Link]
Luv Kak Nor
Huhu..mesti bz nak siapkan bj raya customer.Jgn sampai sakit laks tau. Semoga sihat selalu dan dikurniakan mata yang terang supaya senang nak jahit.AMIN...
Fri 15-Aug-2008 06:46
Posted by:honeyis wardihana@yahoo.com
Special untuk mereka yang comel montel.... juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung... saya memperkenalkan.... baju kebaya dan kurung bersaiz XXXL dan XXXXL !!!!!

Lawati http://princesscut.fotopages.com
Thu 11-Sep-2008 13:00
Posted by:PrincessCut amy_hilfiger@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-Jul-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
Emby D' Violyn...

Baju akad nikah ini bakal diperagakan di majlis yang akan diadakan pada Ogos kelak..
Semoga Lyn gembira dan berpuashati dengan hasil sentuhan Deq Nur

Sentuhan ini diberi nama Emby D' Violyn

Gambar Selepas dan Sebelum diberi sentuhan manik


Gambaran kasar secara keseluruhan



Deq Nur telah menampal lebihan renda di leher (as requested) ... dan menambah manik keatas renda tersebut



Close up untuk tangan


Selamat menempuhi hari debaran yang kian terasa degupannya..

Salam Ziarah...
***********************************************************
tumpang iklan
Merdeka SALE http://gobokburuk.blogspot.com/
Sun 10-Aug-2008 10:50
Posted by:saloma  - [Link]
Kita dah update... Jom singgah!
Thu 14-Aug-2008 01:34
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Nak tengok cadar-cadar bercorak english, moden, 100% cotton dan bermutu....sila layari http://arfanamir.fotopages.com atau http://laurea-collection-englishstyle.blogspot.com Fri 15-Aug-2008 15:16
Posted by:haneem  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
Dandelion D' Ixora version II

background baju nie:
- dr fabrik sutera
- berbunga besar di sekitar badan depan menjalar ke bhg dada
- Kombinasi warna-warna bumi

Manik yang dihasilkan :
- Fesyen bunga Ixora di tangan
- Labuci tabur di sekitar bunga di dada

Kisah disebalik pembikinan baju ini:
Alkisah pemilik kain ini meninggalkan nota dgn menyatakan ingin menempah sepasang baju kurung
dan meletakkan manik di sekitar tangan.

Setelah siap dan tarikh yang dijanjikan untuk deq nur serahkan kembali kepada customer ini...
tetiba beliau menyampaikan pesanan kepada kawan deq nur untuk meminta deq nur
menambahkan labuci disekitar dada
(dengan syarat tidak terlalu heavy but still see the shining of sequins)
So dengan masa yg suntuk dan oleh kerana deq nur juga telah mengambil masa
org lain nyer qeue ... inilah hasilnya... tak sampai 2 hari... lepas balik kerja sampai tgh mlm ...
sampai juling bijik mata dek kerana tempias neon dgn labuci...

Bagi pendapat deq nur, kalau nak nampak lagi menarik deq nur akan hasilkan
seperti design Passion D' Vilaris, walaupun masih dikejauhan tetapi terserlah keanggunan manik tu.
Cheeeeeeewwwwwwwwwwaaahh angkat bakul sendirik nampaknya.
tapi design tu deq nur put as heavy category and she need medium category as requested...

JoM CuCi MaTa sAttttttttttttttttttttt...
Dandelion D' Ixora II



mmm lawo..colorful ma....

jemput kat kita lak..........leh cuci mata
Thu 3-Jul-2008 05:38
Posted by:ija shariza  - [Link]
nice collection...sy suka col. labuci yg kuning n ungu tuww...menyerlah..pandai pilih col...naik col. baju tu.. Mon 7-Jul-2008 20:39
Posted by:Isyada isadariah@yahoo.com  - [Link]
deq nur....batik ni klau main dng manik kilat2 nmpak mewah lah.......... Wed 9-Jul-2008 00:31
Posted by:ija shariza  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
Lyptus D' Clematis.... (pemilik baju... errmmm belum dikenali..)

Hai ,
kepada peminat pengunjung fp deq nur, time kasih lah kerana masih sudi memberi
komen-komen dan intai-intai perkembangan semasa deq nur.

Cumanya agak tidak cukup jer masa yg sedia ada untuk diuruskan ke fp ini.
Jadinya meh leh kita sesama kongsi aper yg sempat di kongsi di sini.

Jika ada sebarang komen.. nak memperbaiki hasil fp atau manik2
silalah sudi-sudi meninggalkan pesanan di sinunnnnn...



Deq nur namakan design nie sebagai " LYPTUS D' CLEMATIS "

Baju ini pemilik dia.. deq nur tak kenal
Dia hantar kawan atas kawan atas kawan... (bertimpa-timpa kawan) cuma kenal namanya sebagai Pn Syarifah...
Pn Syarifah first time hantar untuk jahitkan baju kurung + manik di tangan + manik di badan
Terima kasih lah kerana sebuah kepercayaan yang diberikan kepada deq nur


Geng-geng dia ada hantar around 10 pasang rasanya
Harga kain-kain diorang ini cukup menakutkan
masa potong kain nak jadikan baju tu... agak lebih berhati-hati... takut-takut kalau rosak ker
keronyok ker... senget ker...
Ermm bayangkan harga baju diaorang nie bermula dari RM250++ hingga mencecah RM600 sepasang.
Tapi dek kerana konpiden so.. alhamdulillah.. rasanya macam ok
Di harap diaorang semua dapat pakai dengan syokk & selesa bersama manik-manik tu...


TERIMA KASIH SEKALUNG KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA DEQ NUR
DALAM MENGHASILKAN BUSANA-BUSANA TU........


KALAU OK.. UNTUK HARI RAYA BOLEH HANTAR LAGI.... HEHEHE

Lama deq nur x update ye.... Byk projek eh?
Jom cuci mata kat umah akak plak...
Tue 1-Jul-2008 06:13
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
tahniah,
Saya lihat rekaan dan hasil tangan Deq Nur semakin cantik
Kalau boleh, letakkan gambar yang lagi jelas untuk mendapatkan gambaran yang lebih 'close'
kepada baju itu, (sekadar pandangan positif sahaja)

Saya tidak arif dalam meghasilkan manik,
cuma dapat menilai dari mata kasar sahaja. Bila lihat kawan-kawan memakainya sesekali
saya sempat memerhati rekaan dan hasil seni manik tersebut.

Deq Nur jangan lupa balas email saya okey.
Tue 1-Jul-2008 08:30
Posted by:Atirah
Add comment


Monday, 2-Jun-2008 04:08 Email | Share | | Bookmark
I've Been Tagged.. who's next... kuang.. kuang..kuang

Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kengkawan... aku pun kena gak ker....By :http://khadijahamannan.fotopages.com/



Takder yang menarik pasal diri deq nur nak share ngan all of u
By the way, dah kena tagged.. nak tak nak, kena lah sembang sket kan...
bak kata Kak Izan, Dia kata kenalah "sporting and follow the rules below:"

The rules :
1. Link to your tagger and post these rules on your blog;
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.



Deq Nur :
1. Suka ketawa n tersenyum .... (selalu senyum sorang2..takder kawan2 disekeliling hahaha ) Dah biasa dari kecik selalu dok sorang2.. dah beso kat umah pun dok sorang2.. kat opis depan PC pun senyum sorang2..

2. Selalu berinteraksi 95% dengan menunjukkan memek muka + intonasi + ekspresi + gerak gaya + pergerakan .. ada paham ka?
kalau bercakap.. dengan penuh gaya dan cara.. supaya nampak sentiasa lebih ceria..la konon nyerrr
kalau received called.. macam operator front desk tu... hahahaa over

3.Cepat marah .. dan cepat reda..
Orang kata "angin kus-kus".... lagi-lagi bila hari bulan mengambang semakin "dekat dihati" angin kus-kus tu melekat. Kadang bulan mengambang belum nak datang pun "selalu org tidak bersalah menjadi mangsa kecuaiannya".. sori tapi jgn takut deq nur cepat reda... biarkan jer... sat lagi sejuk la tu

4. Suka melancong / mengembara / berekreasi / bercuti / berekspidisi bersama-sama org yg suka aktiviti tu lahhhhhhhhh... paling suka berkayak, berakit, berenang, jungle tracking,suka gak buat yoga, aerobik.. n aktiviti yg bergerak2..
tapi suka gak kalau melancong... tengok tempat org.. ermmm syookk


5. Orang yang terlalu berterus terang, kadang-kadang tak tahu nak belok kat part mana. Senang citer jalan terus lagi baik.


6. Suka SHOOOOOOOOOPPPPPPPPPPPPPINNNNNNGGGG...
window shoping pun lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii SUKAAAAAAAAAAA hahaha
Deq nur akan dptkan senarai tahunan tarikh seluruh cawangan KL + Selangor nyer Jusco Card Member Day's... rahsia nie tau.. hahahaa
Biasanya deq nur akan ambil cuti sehari pada hari member card .. sanggup bersesak2 dari 9.00 pagi till 11 mlm.... tak kiralah sogo ker, metrojaya ker, jusco ker... kecuali parkson
- JJ maluri
- JJ wangsa maju
- JJ One Utama
- JJ Mid
- JJ IOI Puchong

Cuma deq nur belum penah g J Card member utk :
- Bukit Tinggi
- Sunway Pyramid
- Tmn Equine
Pengalaman yang menarik semasa shoping:
sampai termuntah-muntah kerana kelaparan... sanggup membeli belah sampai terlupa nak makan apa..
masatu dah hampir 11 mlm... nak kuar dari One Utama nyer J card member. Terduduk depan restoran pastu tak sengaja terrrrrrrrrrrmmmuuntah.. sori
selalunya isi perut ngan roti sambil jalan tengok barang.. hahahaha gileeeeeeeeeerrrrrrr
dari solat zuhur ... sambung solat asar.. sambung lagi ke solat maghrib... (isyak solat kat umah aarrgh)

7. kawan deq nur kata.. "deq nur selalu jadi kaunselor yg tak berdaftar utk kengkawan... cuba sedaya upaya membantu memahami masalah org.. dan selalu bagi pendapat... yg dpt membantu diaorang"
entahlah deq nur rasa mcm tak pulak... tapi coz ader member yg bagi tau gitu tadi.. so deq nur letak gak lah.. nak gembirakan ati dia.. lagi pun last fact about my self kan.

Ok.. masa utk deq nur tagged diorang pulak :
1. http://aisyahadni.fotopages.com
2. http://anglipo.fotopages.com
3. http://goodprice2u.fotopages.com
4. http://appleboutique.fotopages.com there
5. http://butikbworth.fotopages.com/
6. http://wardihana.fotopages.com/
7. http://fynnadam.fotopages.com

ooo ini ker mksdnye kena tagged..kuikuikui..br ler phm...
Tue 3-Jun-2008 00:05
Posted by:aisyah adnisya@gmail.com
sy amat bersetuju yg point no.2 ngan no.7.. kalau no.7 tu memg expert gilerrr.....
yg no. 6 tu pun dia memg bagus tang tu......
Wed 4-Jun-2008 01:26
Posted by:stroller_biru rahayushahbudin@gmail.com  - [Link]
deq nur, gath 2 kena KIV dlu la coz akak nk kena gi outstation.... kang dah beriya2 pukul canang, kena kensel lak, lagi haru..... so nmpknya kena tgu dlu.... insyaAllah, ada rezeki x ke mana.... tul x?

neway, akak da buh notice kat fp akak.
Thu 5-Jun-2008 03:53
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Add comment


Friday, 23-May-2008 02:02 Email | Share | | Bookmark
Emby D' Santalia

Hai...
Terima kasih kepada pengunjung FP deq nur..
dan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada deq nur.
Semoga deq nur masih dihati para pelanggan sekalian.

Maaflah... dengan kesibukan yang agak melampau sejak akhir-akhir ini
tak sempat nak load mana-mana gambar yg menarik.
kepada para pelanggan yang deq nur tak sempat ambik gambar hasil manik yg deq nur jahit
bolehlah kiranya .. deq nur pau gambar u all yg tengah guna baju tu..
(kepada kak Lin, Kak Ina, Kak Syafiah, Kak Rien... posing sket with beads tu masa take photo ok)


Jom.. cuci mata tengok baju nikah kawan deq nur..
baju nie dari fabrik sifon.. yg sensitif banget
Semoga dia gembira sekali ...ok
Tema majlis akad adalah PUTIH + GREY
Sori lah lighting + posisi gambar tak berapa naik...
tangkap gambar kat opis atas kerusi .. aci sempat jer
before kasi kat tuan empunyanya

tgn + badan


bwh baju


TEMPAHAN HARI RAYA.. MASIH DIBUKA..
untuk sebarang majlis nikah,perkahwinan, bertandang... di sepanjang cuti sekolah bulan Ogos 2008.. MASIH DITERIMA.Jommmmm

hai alia.......
thanks coz sudi melawat fp deq nur di http://deqnur.fotopages.com
alia dok labuan ker? kat pekan tu ker?
Deq nur selalu ke labuan atas urusan pejabat.
meeting dengan Uni M'si Sabah cwg Labuan ngan kadang2 ader urusan ngan Perbdn Labuan...
Deq nur seronok kat labuan.. lagi2 makanan seafood dier ... waaaaaaaaahhhh sedap sungguh..
paling menarik kalau ada org ajak g pulau ketam.. nyam nyam nyammmmm nyaman sekali.
Mon 2-Jun-2008 03:33
Posted by:deq nur teja710@gmail.com  - [Link]
Salam Nur, bukan pulau ketam tapi anjung ketam. Next time klu dtg lbn kontek la saya. Urusan ngan Pbdan Lbn slu urusan pa ye. dan slu deal ngan siapa. Mon 2-Jun-2008 08:54
Posted by:Alia Atar anglipo@yahoo.com
Nak tengok cadar-cadar bercorak english, moden, 100% cotton dan bermutu....sila layari http://arfanamir.fotopages.com atau http://laurea-collection-englishstyle.blogspot.com Fri 20-Jun-2008 14:10
Posted by:haneem  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.