Lyptus D' Clematis.... (pemilik baju... errmmm belum dikenali..)
Hai ,
kepada peminat pengunjung fp deq nur, time kasih lah kerana masih sudi memberi
komen-komen dan intai-intai perkembangan semasa deq nur.
Cumanya agak tidak cukup jer masa yg sedia ada untuk diuruskan ke fp ini.
Jadinya meh leh kita sesama kongsi aper yg sempat di kongsi di sini.
Jika ada sebarang komen.. nak memperbaiki hasil fp atau manik2
silalah sudi-sudi meninggalkan pesanan di sinunnnnn...
Deq nur namakan design nie sebagai " LYPTUS D' CLEMATIS "
Baju ini pemilik dia.. deq nur tak kenal
Dia hantar kawan atas kawan atas kawan... (bertimpa-timpa kawan) cuma kenal namanya sebagai Pn Syarifah...
Pn Syarifah first time hantar untuk jahitkan baju kurung + manik di tangan + manik di badan
Terima kasih lah kerana sebuah kepercayaan yang diberikan kepada deq nur
Geng-geng dia ada hantar around 10 pasang rasanya
Harga kain-kain diorang ini cukup menakutkan
masa potong kain nak jadikan baju tu... agak lebih berhati-hati... takut-takut kalau rosak ker
keronyok ker... senget ker...
Ermm bayangkan harga baju diaorang nie bermula dari RM250++ hingga mencecah RM600 sepasang.
Tapi dek kerana konpiden so.. alhamdulillah.. rasanya macam ok Di harap diaorang semua dapat pakai dengan syokk & selesa bersama manik-manik tu...
TERIMA KASIH SEKALUNG KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA DEQ NUR
DALAM MENGHASILKAN BUSANA-BUSANA TU........
KALAU OK.. UNTUK HARI RAYA BOLEH HANTAR LAGI.... HEHEHE
tahniah,
Saya lihat rekaan dan hasil tangan Deq Nur semakin cantik
Kalau boleh, letakkan gambar yang lagi jelas untuk mendapatkan gambaran yang lebih 'close'
kepada baju itu, (sekadar pandangan positif sahaja)
Saya tidak arif dalam meghasilkan manik,
cuma dapat menilai dari mata kasar sahaja. Bila lihat kawan-kawan memakainya sesekali
saya sempat memerhati rekaan dan hasil seni manik tersebut.