Want your
own Fotopage?
























 
Deq Nur's FotoPage

By: Deq Nur Acrylic Beads

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 11-Oct-2008 17:14 Email | Share | Bookmark
Menikmati Ramadhan di Brussels – Belgium


Jom sambung perjalanan deq nur di bumi eropah…
Maaflah masa yg sedia ada ini terlalu terhad.. sehinggakan byk baju customer yg deq nur nak kongsikan bersama pengunjung fp terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. sabar ok..
Kita ikut urutan cerita…

Seringkas-ringkasnya dikongsi bersama pengunjung fp deq nur

Pabila kaki mencecah bumi Brussels keadaan di sini agak sejuk.. dengan hujan yang agak lebat ku kira… sesekali bermain-main dengan situasi kepul-kepul asap keluar dari mulut… hehehe.. walaupun deq nur tak dapat menikmati winter season .. dapat menikmati asap berkepul-kepul dari mulut pun dah cukup baik….



Kami sempat menikmati bumi Brussels walaupun keadaan tidak berapa mengizinkan… deq nur dapati bumi eropah … penuh dengan tugu-tugu sejarah… binaan-binaan dahulu kala… arca-arca antik. Penjagaan mereka kepada peradaban masa silam seolah peradaban itu baru berberapa tahun lalu.... bayangkan penjagaan yang rapi dan penitikberatan terhadap sejarah... walaupun kisah sejarah itu telah memakan ratusan tahun yang lalu...

Sesekali rasa pelik itu menjalar ke naluri.... walaupun sekadar arca "kanak-kanak kencng berdiri"..
ia menjadikan satu tumpuan pelancong... isyk.. isyk... isyk

bak kata pelancong daripada UK...
"I hadn’t realised that the Manneken Pis is very often dressed. He has a wardrobe of more than 600 costumes, which are all preserved in the King's House, or City Museum at the Grand-Place. I’d have liked to see him in one of these, but he was naked when we visited."

deq nur bertuah.. kerana masa deq nur sampai sana... Manneken Pis berpakaian sopan



Belgium antara negara yang mencabar salam suasana Ramadhan ini..
wah.. wah... manusia sekeliling sedang enak makan sambil berjalan.. makan sambil bergambar...
dengan WAAAAAAAAFFFFFFFEELLLLLLL yg enak banget.

Kami meneruskan langkah kaki... mencari masjid terdekat..
Sepengetahuan kami berdua.. melalui intenet.. ada masjid di sekitar MIDI BRUSSELS nie
tapi dalam peta masih belum kami temui.. di manakah lokasinya..

Mata kami terbeliak besar bila nampak ada satu iklan yang tergantung di sebuah kedai..
"LA TENTE RAMADHAN " .... wahhhh mungkin restaurant muslim ...
kami tangguhkan ke restaurant tu.... kalau ada rezeki selepas kami jumpa masjid ... kami bercadang akan ke restaurant tu....

Oleh kerana terlalu penat mencari masjid, kami bercadang utk menukar haluan... mencari hotel dengan stesen keretapi... kerana keesokan harinya perjalanan kami Insya-Allah kan diteruskan di bumi LUXEMBOURG....

bayangkan hotel yang kami mampu menginap malam ini sekitar RM500... dengan kemudahan bilik air + tandas diluar bilik... hehehee Nak buat macam mana... kami terpaksa mencari yang paling murah... bimbang kewangan kurang mengzinkan bila keperluan mendesak.


Tuah ayam nampak dikaki... tuah kami.. dapat makan percuma sewaktu berbuka puasa..
Kami mencari kedai makan HALAL terdekat dgn hotel.... Moroco Restaurant.
Rupanya kedai tu memberi makanan percuma kepada muslim disekitar kawasan tersebut..
Enak sungguh resepi mereka... deq nur tak pernah bayangkan seenak ini dikala hidangan didepan mata...
Tulah org kata ... "don't judge book by it's cover.." hahahaha

Ramai gak org kulit hitam .. datang dan berbuka puasa di kedai tu... ermmm elok jer depa duduk.. pekerja kedai tu terus hidangkan makanan berbuka puasa..

Agak malang sedikit nasib kami.. keputusan untuk menginap di hotel yg terdekat dgn stesen keretapi tu adalah "BLACK AREA"... pekedai2 tu menyarankan kami supaya tidak keluar selepas jam 9mlm... kerana hampir semua pelancong yg bersendirian atau dalam kumpulan kecil akan disamun .aduhai... nasihat mereka tu ada benarnya..kerana ada kes yg berlaku pd malam tu ... seorang wanita arab yg membawa 60,000 dinar dan 7,000 euro cash, telah disamun habis-habisan.... dan pd malam sebelum tu.. di kaunter check-in hotel kami... pun berlaku perkara yg sama... penyamun-penyamun tarbus u memang tak takut org sekeliling...




oooooooooo kau kasi aku gift dari paris jer.... negara lain mana...
aper pun thanks coz ingat aku
Tue 14-Oct-2008 10:01
Posted by:mimi


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.