Serasa mahu pulang ke Negara Netherlands …. Hati meronta-ronta untuk menikmati bandar Amsterdam berbanding di sini...
Kami mengalami masalah komunikasi.. sorang cakap bahasa ayam dan seorang cakap bahasa kambing... hehehe.. sebahagian besar orang luxembourg yang kami temui, mereka tidak boleh dan faham english.... bayangkan kalau kami mencari trem untuk ke lokasi pelancongan mereka.. kami hanya seolah2 berbahasa isyarat.. menunjuk gambar yang ingin dituju.. dan kami sediakan kertas untuk mereka lukis apa sahaja yg dapat membantu kami...
Beruntung sungguhlah kita yang hidup di bumi Malaysia… berbilang kaum walaupun berbeza bahasa namun tetap sehaluan ke arah kemajuan, seaman ini yang kita miliki, seindah ini yang kita nikmati, sesempurna ini yang dianugerahi oleh Dia Maha Pencipta.
“ Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri…” sekalipun hujan emas di Luxembourg .. aku tak nak menetap di sana lagi.. tapi kalau bawak balik emas ke Malaysia aku nak lah.. hehehe
Sepanjang perjalananku ke Negara Luxembourg... pelbagai pemandangan memukau mata dan perasaan. Tak kurang juga melucukan dan menggerunkan. walaupun keretapi kami selaju kapal terbang.. namun mataku masih mampu menangkap beberapa scene... cuma cameraku tidak mampu untuk merakamkannya... Maklumlah camera kami bukan photographer nyer.. camera kami cenoit jer...
Pelacuran di sini adalah sesuatu yang sah, pelacur juga perlu membayar tax bagi setiap perkhidmatan yang diberikan... pelacuran mereka ini jauh berbeza di Malaysia. Pelacur2 diletakkan dikotak kaca yang boleh dilihat secara terang2an dari luar.... so sepanjang u berjalan di kaki lima..
boleh menjamu mata.. cuma pandang sekali jer tau.. puasa nie.. boleh agak apakah pakaian mereka????? jom teka Pelacur ini hanya menutup lokasi tertentu sahaja... hahahaha
Fuuuuuuuuuhhhhhhhhh deq nur yang perempuan nie pun tergoda dgn body dan wajah mereka.. apalagilah hati lelaki....
Sepanjang deq nur berada di Luxembourge deq nur tidak menemui wajah2 islam disana. Mula2 deq nur ada beranggapan beberapa orang berwajahkan arab adalah islam.. namun mereka mengaku israel tatkala kami mencari masjid di sini. Ketakutan ada dalam diri... di bumi asing ini, dikelilingi orang yang kita sendiri belum faham senarionya, disekitar panahan mata orang tempatan terhadap kami .. terutama deq nur yang memakai selendang. Namun hati ini ditetapkan untuk tidak menghiraukan perkara2 itu...
Yang paling penting .... aku bisa berpuasa di bumi Allah dan semoga perjalanan kami ini adalah sebuah ibadah.Amin
Fewittt ... aku ingatkan kau g amsterdam ajer. Nape tak kabo ngan aku awal2 yg kau plan nak g byk tompek. bolehlah eden menyenden lobih siket.
aper pun hapi-hepi selalu