Maaflah.. kerana terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengupdate fp nie..
Terima kasih kepada pemanggil-pemanggil telefon dan email yang diberikan kepada Deq Nur. Tak kiralah just nak check harga ker.. nak tempah ker.. nak bercerita manik & fesyen ker.. thanks ok.
Jutaan terima kasih Deq Nur hulurkan juga kepada para pelanggan dan beberapa butik pengantin sekitar lembah kelang kerana kesudian menghantar fabrik mereka kepada Deq Nur.
Diatas kepercayaan itu, Deq Nur sedaya upaya mencurahkan idea yang terbaik untuk fabrik tersebut. Malah sejak akhir-akhir ini rezeki lebih melimpah ruah, sehingga memberi keyakinan sepenuhnya kepada Deq Nur untuk mendesign sendiri mengikut fesyen semasa. Alhamdulillah Deq Nur belajar sesuatu yang dulu agak tipis pengetahuan dalam bidang fesyen perkahwinan.
Namun sesekali terpaksa di tolak dengan baik.. bukan apa Deq Nur bimbang tidak dapat menyiapkannya pada waktu yang diperlukan.Deq Nur terlalu takut jika tidak dapat mengotakan janji, malah bimbang ada "pencemaran nama" terhadap 'brand" ini.
Sekadar ingin berkongsi cerita...
Alhamdulillah Deq Nur telah melangkah setapak lagi kehadapan... (rasa-rasanya lah daripada penilaian suami tersayang + keluarga + keluarga mertua... perasaan atau perasan??)
Mungkin jika rezeki meyebelahi Deq Nur....
Deq Nur akan menumpukan lebih banyak perhatian kepada bakal-bakal pengantin..
samada ada:
- BAJU BERTUNANG
- BAJU BERINAI
- BAJU BERKHATAM AL-QURAN
- BAJU NIKAH
- BAJU BERTANDANG
- BAJU BERSANDING
Deq Nur cuba ingin mengasah dan memfokuskan kepada sesuatu yang Deq Nur nampak lebih cenderung kini.
TAPI Deq Nur tidak bermaksud kepada peminat-peminat hasil kerja tangan Deq Nur... untuk Deq Nur menolak mentah-mentah permintaan yang selain dari itu.... Jangan salah anggap.
Deq Nur masih lagi menerima tempahan walaupun untuk baju pejabat... baju untuk menghadiri kenduri kendara... baju nak g function...
Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....
Kepada peminat manik ...
Deq Nur mencadangkan bagi mereka yang akan menanam cita-cita / berura-ura / berazam untuk mengadakan majlis MERISIK, BERTUNANG.... bleh terus booking dulu. Walaupun majlis tu akan diadakan pada bulan March 2009 .. atau bulan-bulan berikutnya.Insya-Allah Deq Nur cuba tidak menghampakan anda.. amin
Selagi diberi kesihatan dan kekuatan ... diharap Deq Nur akan sedaya-upaya berikan sesuatu yang memikat hati anda... sehingga anda pasti terpesona.. (hendaknyalah... )
naik seri baju ni.. owner yg nak kaler kontras ni ek? (brp ye deq nur amek upah utk baju special occassion ni? )
re : heyyy, akak ni still learning bab edit mengedit ni haaa... trial n error n kena rajin xplore. setakat nak share mana yg tau tu, insyaAllah anytime. juz buzz me! for a start, try donlod picasa.com atau photoscape.org - very user friendly. CS3 tu, still dok merangkak lagi... very d slow nak pick up...